Sunday, July 1, 2007

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) mungkinkah ada kaitan dengan perancangan Yahudi?

Saban hari kita mendengar kisah atau kejadian di dada akhbar, media elektronik dan sebagainya mengenai peperangan yang melanda dunia pada hari ini. Terbaru kita melihat kejadian pengeboman di London, England. Dua kali siri pengeboman yang berlaku di kawasan barat dunia tersebut kemungkinan berpunca dari pelantikan Tony Blair sebagai utusan khas bagi menyelesaikan krisis di Asia Barat iaitu kawasan bergolak Palestin. Selain itu, antara factor lain yang berlaku adalah penganugerahan gelaran “Sir” oleh Queen Elizabeth kepada penulis kontroversi Salman Rushdie.Ini sekaligus membangkitkan kemarahan umat Islam serata dunia dan telah mengakibatkan kumpulan radikal Islam mengambil tindakan yang dianggap wajar oleh mereka. Adakah semua ini berpunca dari scenario dunia yang telah direncana oleh Yahudi atau kebodohan dan ketidak prihatinan umat dan pemimpin Islam?Apakah pula peranan United Nation dalam menyelesaikan konflik di dunia?
Kemungkinan jawapannya adalah tentang tujuan United Nation itu ditubuhkan. Kita melihat pada hari ini bagaimana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikatakan menjaga keamanan dunia ini seolah-olah tunduk patuh kepada Negara besar dunia iaitu Amerika Syarikat yang menggelar dirinya sebagai polis dunia. Ini terbukti dengan konflik yang berlaku di Asia Barat dan Asia Tengah, Iran dihalang bagi menjalankan ujian nuklearnya walaupun sekadar untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga. Kita lihat pula bagaimana Palestin hari ini dimana Amerika Syarikat memberi sokongan kepada Israel walaupun diketahui bahawa Negara tersebut adalah sebuah Negara haram. Amerika juga menyokong tindakan yang dijalankan oleh Fatah dalam menyingkirkan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Palestin.
Kenapa United Nation memberi kuasa veto kepada lima Negara didunia tidakkah patut semua Negara harus mempunyai hak untuk bersuara dalam pertubuhan tersebut?
Pada tahun 1848 revolusi yahudi telah dibangkitkan oleh Benjamin Disraeli. Di dalam revolusi tersebut terdapat beberapa protocol yang harus diikuti oleh semua kaum yahudi. Protokol ini dinamakan sebagai Protokol Zionism. Dalam salah satu protocol Zionism ini ada menyebut tentang peri pentingnya mewujudkan State Forces of the World or Super State. Super State ini ataupun lebih dikenali sebagai United Nation pada hari ini mempunyai sedikit sebanyak perancangan yahudi dalam merencanakan dunia ini. Zionism ataupun Yahudi telah merancangkan agar apa yang berlaku di dunia ini perlu ada sedikit sebanyak campur tangan mereka agar segala yang berlaku menuruti kehendak mereka. Harapan puak-puak yahudi ini adalah agar mereka akan berjaya menguasai dunia dengan gabungan kesemua Negara dalam dunia ini.Keadaan sekarang ini jelas menunjukkan mereka menguasai dunia dengan menjadikan Amerika sebagai boneka yang boleh diperalatkan bagi kepentingan mereka.

No comments: