Monday, September 29, 2008

"Pertahankan Kedaulatan Bahasa Melayu"

Dalam membentuk jatidiri bangsa Malaysia seseorang itu harus memahami sejarah asal usul kelahiran Malaysia ini. Apa yang dapat dilihat pada hari ini ialah sikap sesetengah masyarakat yangg memandang enteng dan hina akan penggunaan Bahasa Melayu.Ini dapat dilihat apabila Bahasa Kebangsaan kita telah ditekan dan diabaikan. Melihat bagaimana pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris jelas menunjukkan kerajaan tidak yakin dengan keupayaan Bahasa Melayu itu sendiri. Apabila perkara ini diimplementasikan pada generasi muda maka lahirlah generasi muda yang berfikiran ala barat. Ini dapat dilihat pada kebanyakkan pelajar-pelajar bandar lebih gemar memakai pakaian dari barat, bertutur dalam Bahasa Inggeris atau saya lebih menggelarkan mereka ini pelajar "speaking". Bagaimana kita nak membentuk jati diri bangsa sekiranya kita sendiri tidak yakin dengan Bahasa Melayu itu sendiri. Perkara ini diakui sendiri oleh Professor Dr. Mohd Fadzil Che Din Pengarah Institut Kajian Sosial Malaysia di mana beliau menyatakan jikalau hasrat kerajaan ingin menaik tarfkan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekarang, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak dapat membantu perkembangan Bahasa Inggeris itu sendiri. Perkara ini menimbulkan pelbagai masalah dikalangan pelajar pedalaman, masalahnya kerjaan ingin menyelesaikan satu masalah tetapi masalah yang lebih teruk timbul.... renung-renugkan