Di dalam buku "The 100 most influential Persons in History" penulis iaitu Michael H. Hart telah mengkategorikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia/dunia ini. Penulis tersebut juga telah meletakkan Jesus Christ di tempat ketiga dibawah Isaac Newton dan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun penulis bukan seorang yang beragama Islam tetapi kebenaran mengenai kehebatan junjugan Nabi bagi umat Islam tidak dapat disangkal. Penulis mengariskan 2 ciri penting bagi keputusannya meletakkan Nabi s.a.w. Ditempat paling teratas sekali. Pertama ciri yang terdapat dalam diri Nabi s.a.w ialah Baginda mengajar tentang moral dan aqidah menjuruskan masyarakat supaya berbuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran "amar maaruf nahi mungkar". Ajaran baginda telah menarik minat lebih 500 million penduduk di dunia ini. Ciri kedua pula Nabi Muhammad s.a.w. mempeunyai kelebihan sebagai pemimpin bukan sahaja dalam aspek keagamaan tetapi juga aspek pentadbiran, politik , ekonomi dan sebagainya. Penulis menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w ini adalah seorang pemimpin yang hebat dari aspek keagamaan mahupun aspek sekular ( pentadbiran).Walaupun agama Kristian mempunyai 2 kali ganda pengikut iaitu lebih 1 billion, alasan penulis ialah Jesus Christ tidak mempunya kelebihan seperti Nabi Muhammad s.a.w. Jesus Christ hanya memimpin penganutnya kearah kebaikan(seperti ditulis dalam buku penulis tersebut) yang betul-betul menyebarkan ajaran Kristian adalah St. Paul. Akibat daripada penulisan beliau, Michael H. Hart dikecam hebat oleh masyarakat Kristian antarabangsa tetapi beliau masih dengan pendirian Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia paling berpengaruh dalam dunia.
Kita dapat melihat bagaimana orang bukan Islam mengakui kehebatan junjungan besar kita, tetapi malangnya sesetengah orang Islam menidakkan kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. contoh yang paling mudah ialah Kamal attarturk yang memperkenalkan dasar sekular di Turki yang menidakkan campur tangan agama dalam pentadbiran. Golongan-golongan Islam liberal yang menidakkan proses Islamisai. Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus mengkaji nak meneliti sejarah tamadun Islam agar kita boleh melakukan perubahan.... InsyaALLah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment