Tuesday, March 18, 2008
Barisan Kabinet "Pak Lah"
Hari ini YAB Datuk seri Abdullah haji Ahmad Badawi telah mengumumkan barisan kabinet baru bagi tahun 2008/2009. Kebanyakkan muka-muka lama telah digugurkan seperti Dato' Seri Rafidah Aziz,Dato' Seri S Samy Vellu, Tengku Adnan,Datuk Seri Shahrizat, Dato' Seri Jamaludin Jarjis dan beberapa lagi orang lama dalam kabinet Malaysia. Mungkin dengan pengunduran orang-orang lama ini disebabkan prestasi yang telah ditunjukkan dan munkin juga disebabkan "political conflict" diantara ahli-ahli UMNO.Persoalannya adakah sesetengah menteri yang dilantik ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang?rekod yang ditunjukkan oleh beberapa individu sebelum ini yang dilantik menjadi menteri tidak beberapa bersih contohnnya ada yang terlibat dengan rasuah pada masa lalu. Adakah ini agenda sesetengah pihak yang ingin mencantas penyokong-penyokong YAB Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dikhabarkan oleh YB Tuan Guru Dato'Haji Abdul Hadi? sila berikan komen anda di dalam blog ini agar kita dapat bersama-sama berdiskusi seterusnya mencambahkan idea tentang keadaan politik semasa di Malaysia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment