Thursday, March 13, 2008

PASCA Pilihanraya Umum kali ke 12

Hampir seminggu pilihanraya umum Malaysia ke 12 telah berlalu tetapi bahang pilihanraya masih terasa terutama di 4 negeri yang berjaya dirampas oleh pakatan Barisan Rakyat iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang tidak terkecuali Wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Fenomena yang berlaku ini bagaikan tsunami yang melanda parti Barisan Nasional kerana dalam tempoh 50 tahun Merdeka ini Parti Barisan Nasional tidak mampu digugat oleh pihak bebas mahupun pembangkang. Kemenangan majoriti 2/3 sebelum ini telah dirobek oleh Barisan Rakyat. Pihak Barisan Nasional masih tercari-cari punca masalah ini berlaku manakala pihak Barisan Rakyat sedang sibuk memikirkan cara yang baik untuk membentuk pakatan dan mempertahankannya. Situasi yang berlaku di Perak sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa Barisan Rakyat tidak menjangkakan akan memperolehi negeri Perak justeru menimbulkan pelbagai ujian daripada media arus perdana mahupun masyarakat setempat.
Persoalan sekarang adakah parti Barisan Nasional boleh dikatakan tidak relevan di alaf baru ini ataupun disebabkan masalah dalaman yang semakin meruncing?
Persoalan kedua adakah Dato' seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6? Ketiga adakah hak orang Melayu akan diganggu gugat? Keempat adakah Malaysia akan bebas dari rasuah selepas ?
Jawapan ini hanya dapat diketahui mungkin dalam tempoh satu tahun pentadbiran kerajaan sekarang. Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri! Ini hanyalah pendapat dari seorang yang kudus mengenai politik.......

No comments: