Thursday, April 24, 2008

PELUANG BELAJAR PERUBATAN DAN PERGIGIAN DI MESIR

Jangan lepaskan peluang. Penuhi impian anda untuk mengejar mencapai cita-cita.
Jangan risau walaupun keputusan SPM anda tidak memberangsangkan, teruskan minat dan niat suci anda!!

Kini, AKADEMI AL-QURA’AN-MEDIC MALAYSIA, di bawah kendalian Tok Guru Fiqh aku Al-Fadhil Prof. Dr. Razali Nawawi, menawarkan bantuan menguruskan para pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan, tempat anda dijamin:

1. Perubatan
2. Pergigian

Dapatkan tempat di Universiti-universiti terkemuka dunia yang diiktiraf oleh JPA, Mara, dan MMC seperti:

1. Universiti Al-Azhar
2. Universiti Kaherah (Cairo)
3. Universiti Ain Syams
4. Universiti Iskandariah (Alexandria)
5. Universiti Zaqaziq
6. Universiti Mansourah
7. Universiti Tanta

Dan jangan risau, anda layak mendapat tajaan daripada JPA, MARA, dan pinjaman Bank Rakyat. Yang aku tahu Negeri Perak , Selangor dan lain-lain negeri menyediakan zakat RM 20 ribu untuk tahun pertama bagi pelajar2 medik di mesir. Jabatan Agama mealui Baitulmal akan 'sponsor' tiket kapal terbang. Huiyoo!!!
Maklumat adalah seperti berikut:-

1. Tempoh pengajian: 6 tahun. Tanpa perlu matrikulasi.

2. Bahasa pengantar: English. Kebolehan berbahasa arab adalah satu kelebihan.

3. Kelayakan masuk: lulus sekurang-kurangnya B4 dalam matapelajaran SPM;
-Biologi
-Kimia
-Fizik
-Matematik Moden
-Matematik Tambahan
-English

4. Yuran pengajian: Tahun pertama USD 2000
Tahun berikutnya USD 8000

5. Bayaran kemasukan: RM 7000.00 (RM2000.00 dibayar semasa mendaftarkan permohonan, dan RM5000.00 selepas menerima surat tawaran dari pihak unversiti).

6. Sesi pengajian bermula September.

Untuk maklumat lanjut hubungi;
Akademi Al-Quran-Medic Malaysia
No. 7, Jalan 2/1D, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Bagi yang berminat hubungi segera, untuk mengetahui maklumat lanjut, dan prosedur yang harus diikuti.
Hubungi: En Khairul Anuar Bin Musa 013-3005438 atau En Mohd Lotpi Yussob 013-3005469

INGAT JANGAN LEPASKAN PELUANG BERHARGA INI!!! RAMAI YANG SEDANG BERLUMBA-LUMBA MEREBUTNYA!! FIRST COME FIRST SERVE BASIS. Lagi cepat memohon,lagi cepat mendapat surat tawaran.

3 comments:

fa-aja-aja said...

salam..

knp kmu cakap tiket penerbangan di sponsor?

dalam srt twrn sy,bayar sndir ke akademi ni tambang perjalanan..

musykil..sy harap tak da la info yg salah..

takut mencacatkan nama akademi.

maaf.

Unknown said...

salam..erk..dalam iklan surat khabar, dah leh pohon secara online di www.quranmedic.my
tapi bila bukak, semua iklan yang ada dalam web tu iklan yang lama..macam mana tu...

Iskandar said...

salam...adik saya telah mengikuti program ini...namun, saya ada beberapa kemusykilan...bila adik saya dpat memohon tajaan kerajaan ??? dan apakah syarat2 utk mndapat tajaan tersebut??